1) NURUL AMEERA RIDHWA BINTI ABD RASID
(01DKB18F2019)
2) PAVITHRA A/P SIVALINGAM
(01DKB18F2026)
3) NOORUL ASHIKA BINTI ABDUL RAHIM
(01DKB18F2006)
4) SHALINI A/P MANIMALA
(01DKB18F2021)
KELAS: DKB 1
KURSUS: PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012
KOS: DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN
SESI: DISEMBER 2018
NAMA PENSYARAH:PUAN NOORHASLINA BT SULAIMAN
JABATAN: JABATAN PERDAGANGAN
KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA
Hubungan Etnik adalah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial yang baik.Rakyat Malaysia terdiri daripada Etnik Melayu,Etnik Cina,Etnik India dan Bumiputera lain.
Pada tahun 2017,jumlah penduduk Malaysia adalah 31.9 juta yang merangkumi 90.2 peratus warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara.
62.1% merupakan kaum Bumiputera, dimana 87.7% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 12.3% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, , dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur. 43.4% merupakan kaum Dayak di Sarawak dan suku kaum Kadazan-Dusun majoriti di Sabah iaitu terletak di Malaysia Timur.
Kira kira 28.7% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan lain-lain.
Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 7.2% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Punjabi Sikh, Telugu dan lain-lain.
Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.9 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 25.8 juta daripada 31.9 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.
ETNIK KAUM MELAYU
Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu dan beragama Islam.
Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil daripada percampuran antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh daripada bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.Agama yang dianuti oleh Etnik Melayu adalah Agama Islam.
Pada abad ke-15, aliran mazhab Sunah Waljamaah ortodoks tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu di bawah peranan kesultanan Melaka. Berbeza dengan agama Hindu yang mengubah masyarakat Melayu awal secara lahiriah, Islam dapat dikatakan berakar kuat dalam hati dan minda orang Melayu Selepas zaman ini, secara tradisinya, identiti orang Melayu adalah sangat berkait rapat dengan Islam dan ia berkekalan sehingga hari ini Kaitan ini sangat kuat sehinggakan apabila seseorang dari suku lain memeluk agama Islam di alam Melayu, beliau dikatakan akan "masuk Melayu".
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia.
Gambar diatas merupakan contoh Pakain Tradisional masyarakat Melayu.
Baju Kurung akan diperagakan oleh Kaum Perempuan manakala,Kaum Lelaki akan memakai Baju Melayu.Pakaian Tradisional ini seringkali dipakai pada Majlis Keagamaan dan menjelang Hari Perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Makanan Tradisi Etnik Melayu merupakan Makanan yang diwarisi dari zaman ke zaman melalui Nenek-moyang hingga ke anak-cucu.
Makanan Tradisi Etnik Melayu yang popular di Malaysia adalah Nasi Lemak,Nasi Dagang,Lemang,Nasi Berlauk dan sebagainya.
Berikut merupakan contoh Makanan Tradisi Etnik Melayu;
Nasi Lemak merupakan nasi yang dimasak bersama santan kelapa dan dihidang bersama lauk iaitu ayam rendang atau berempah,sambal ikan bilis,kacang goreng,telur goreng atau rebus,dan hirisan timun.
Nasi Kerabu juga merupakan makanan tradisi Etnik Melayu yang berasal daripada Kelantan ini merupakan nasi yang bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,telur masin,keropok,budu dan ulam-ulam lain.
PERKAHWINAN
Sebuah perkahwinan Melayu bermula dengan majlis akad nikah. Pengantin lelaki perlu menandatangani kontrak perkahwinan dan bersetuju untuk menyediakan mas kahwin atau mahar untuk pengantin perempuan.
Pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan menjalani beberapa upacara seperti majlis berinai yang mana jari dipakai dengan inai.
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan datang dengan rombongan saudara-mara dan rakan-rakan. Kebiasaannya akan diiringi oleh pemuzik memukul kompang itu dan rombongan yang membawa bunga manggar atau sawit bunga.
Kemuncak majlis perkahwinan Melayu biasanya adalah majlis persandingan, di mana pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin sementara ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan tampil untuk menabur pasangan pengantin dengan beras kuning dan air mawar sebagai tanda berkat.
Berikut merupakan contoh persandingan dan pakaian yang dipakai oleh Pengantin Lelaki dan juga Perempuan;
Pasangan pengantin akan memperagakan busana songket sebagai pakaian rasmi untuk upacara persandingan.Pengantin Lelaki akan memakai Tengkolok yang merupakan sejenis alas kepala dan keris yang diselit di pinggang Pengantin Lelaki.
Pengantin Perempuan pula akan memakai baju kurung atau baju kurung moden yang juga diperbuat dari songket serta inai merah yang indah terhias di jari.
PANTANG LARANG MELAYU
larang
|
Sebab pantang larang wujud
|
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
|
Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
|
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
|
Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
|
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
|
Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
|
Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
| |
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
|
Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
|
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
|
Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
|
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
|
Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
|
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
|
Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
|
PERAYAAN KAUM MELAYU
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari bermula waktu imsak sehingga waktu maghrib dan mengerjakan sembahyang terawih pada waktu malam. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri disambut. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf- maafan dan kunjung mengunjung ke rumah saudara bagi mengeratkan silaturahim. Contoh makanan yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri adalah ketupat,lemang,rendang,satay dan kuih-muih.
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12, dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha berkumandang pada malam 10 Zulhijjah , diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah pada pagi 10 Zulhijjah. Sambutan diikuti dengan ibadah korban. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Allah.
AWAL MUHARAM
Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharam iaitu tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dan Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
TEMPAT KEPERCAYAAN KAUM MELAYU
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi
Masjid Tuanku Permaisuri Bainun,Universiti Sultan Azlan Shah
Pada masa kini,Masjid hanya dijadikan tempat beribadah seperti menunaikan solat jemaah,dan menyampaikan ceramah agama.
ETNIK KAUM INDIA
Orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu).[2][3] menyebut mengenai cengkih[4], [5], [6] (yang berasal dari kepulauan Indonesia).
Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melakadan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:
peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an;
pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
Pemakaian Tradisional Kaum India
Lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan serta -sulaman benang emas,perak,labuci dan batu-batu permata.Di hari perkahwinan:
· Lelaki india memakai dhoti dilengkapi dengan turban
· Wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.
· Wanita remaja mengenakan skirt labuh @lhenga yang dipadankan dengan baju pendek@choli.
· Lelaki punjabi mengayakan dhoti atau kurta.
· Wanita punjabi mengenakan salwar-khameez-dupata iaitu seluar dengan baju labuh yang disulam dengan benang emas.
· Pada usia sekitar 12 tahun, kanak-kanak gadis india dipakaikan sari menandakan beliau sudah memasuki alam remaja.
Pakaian kaum wanita:
SARI merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam dengan cara tersendiri mengikut adat. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.Berikut adalah beberapa contoh cara kain sari dipakai:
Pakaian SALWAR KAMEEZ atau Punjabi adalah popular dalam kalangan kaum wanita India.Punjabi terdiri daripada blaus yang panjang dengar seluar yang panjang yang longgar serta tudung yang sesuai dengan warna punjabi itu.Wanita India gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI
DHOTI merupakan pakaian untuk kaum lelaki.Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih.Kain putih itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.Ada juga dhoti yang berwarna kuning berjalur.Pakaian ini banyak di pakai oleh golongan ceti.
KURTA merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta selalunya dipadankan dengan salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta selalunya dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan.Kurta juga boleh dipakai dengan dhoti.
Lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan serta -sulaman benang emas,perak,labuci dan batu-batu permata.Di hari perkahwinan:
· Lelaki india memakai dhoti dilengkapi dengan turban
· Wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.
· Wanita remaja mengenakan skirt labuh @lhenga yang dipadankan dengan baju pendek@choli.
· Lelaki punjabi mengayakan dhoti atau kurta.
· Wanita punjabi mengenakan salwar-khameez-dupata iaitu seluar dengan baju labuh yang disulam dengan benang emas.
· Pada usia sekitar 12 tahun, kanak-kanak gadis india dipakaikan sari menandakan beliau sudah memasuki alam remaja.
Pakaian kaum wanita:
SARI merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam dengan cara tersendiri mengikut adat. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.Berikut adalah beberapa contoh cara kain sari dipakai:
Pakaian SALWAR KAMEEZ atau Punjabi adalah popular dalam kalangan kaum wanita India.Punjabi terdiri daripada blaus yang panjang dengar seluar yang panjang yang longgar serta tudung yang sesuai dengan warna punjabi itu.Wanita India gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI
DHOTI merupakan pakaian untuk kaum lelaki.Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih.Kain putih itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.Ada juga dhoti yang berwarna kuning berjalur.Pakaian ini banyak di pakai oleh golongan ceti.
KURTA merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta selalunya dipadankan dengan salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta selalunya dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan.Kurta juga boleh dipakai dengan dhoti.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur. Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut
Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur. Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia sedap dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia sedap dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk.
Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat diKerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk.
Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat diKerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.
Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat diKerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.
Nei urundai ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal.
Nei urundai ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal.
ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA
KERETA PENGANTIN
Kereta pengantin dihias dengan riban dan bunga-bungaan dengan cantik. Saudara-mara sedang menuggu ketibaan pengatin lelaki.
Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan, cincin tangan dan cincin kaki untuk pengantin perempuan.
Pengantin lelaki di jemput masuk ke dewan perkahwinan selepas meniris 'panir' dan meletak 'pothu' pada dahinya.
Adik lelaki pengantin perempuan membawa naik pengantin lelaki ke pelamin.
Adik lelaki pengantin perempuan duduk di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan.
Sami memulakan upacara perkahwinan.
Pengantin lelaki dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki.
Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan.
Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pertunangan pada hari perkahwinan .
Ibu pengantin perempuan meniris air mawar dan meletakkan pothu di dahi anaknya.
Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin.
Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supaya berdoa.
Pengantin perempuam dikalungkan bunga malai oelh pengiring pengantin perempuan.
Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan .
Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan.
Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.
Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.
Pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan.
Adik lelaki pengantin perempuan memakai cincin pada jari kaki pengantin lelaki.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.
Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut.
Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki.
PANTANG LARANG KAUM INDIA
Malaysia kaya dengan pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai pantang larang yang tersendiri. Antara pantang larang yang selalu dititik beratkan adalah pantang larang perkahwinan dan pantang larang perayaan. Bagi setiap kaum sememangnya mempunyai pantang larang yang telah lama wujud pada zaman datuk nenek moyang. Pantang larang ini diamalkan sehingga sekarang bagi menerusi adat resam kaum agar tidak dilupakan oleh generasi baru.
PANTANG LARANG PERKAHWINAN
Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil Tirumanam, Eliyat Tirumanam dan Vaitiikat Tirumanam.
Merisik:
Setiap pasangan yang belum berkahwin akan dirisik oleh pihak lelaki. Pasangan ini akan saling membalas kunjungan. Ketika rombongan oleh bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Pertunangan:
Selesai majlis pertunangan, bakal pengantin perempuan dan bakalpengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya.
Pantang larang sebelum majlis perkahwinan:
Kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa sebarang kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar.
Pantang larang jamuan:
Hidangan seperti daging lembu tidak boleh dihidangkan, kerana agama hindu melarang makan daging lembu jika jamuan tersebut dilakukan di kuil. Hanya sayur-sayuran yang boleh dihidangkan kepada para tetamu.
PANTANG LARANG PERAYAAN
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Amalan berkabung
Amalan ini dilakukan bertujuan untuk menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang menyambut perayaan Deepavali selama setahun. Namun begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat ke rumah rakan-rakan seagama. Keadaan ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada dan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri dan keluarga.
Hidangan manisan
Manisan ini berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan Palkova, halwa, Laddu dan atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan penganutnya. Manisan ini merupakan acara pembuka bagi hari Deepavali kerana membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaan penganut Hindu, manisan yang dibuat tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapa restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah tujuan untuk mendapat restu daripada Tuhan. Selepas sembahyang, barulah hidangan manisan dan juga makanan istimewa lain yang disediakn boleh dinikmati.
Pakaian
Warna pakaian yang dipakai semasa menyambut Deepavali mestilah warna yang garang seperi merah, biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih kerana ia bermaksud kesedihan.
PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA
HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itusebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucianyang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaanhalus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiranpelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambangpenyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akanmengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masukrumah mereka
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
HARI THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakatberagama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewaHindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluhdalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untukmenghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yanglepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasaselama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini,mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungikuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambutperayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagimasyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung DewaSubramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarakdengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini,penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangkabesi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segaryang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar ataubertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logamatau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yanglain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akanberkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yangdimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tanggadi Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapanpatung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa,madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.
Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagimasyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatiandaripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyakpelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutanperayaan ini.
HARI THAIPONGGAL
Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuilsecara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.
Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi danberpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakancahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpulmengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan digunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.
TEMPAT KEPERCAYAAN KAUM INDIA
Kuil
Kuil merujuk kepada struktur bagi aktiviti keagamaan atau rohani, seperti memuja dan pengorbanan, atau upacara analogous. Sesebuah kuil mempunyai kawasan suci sebagaimana ditakrifkan oleh sami, atau paderi. Sungguhpun kuil bukanlah secara teknikalnya "rumah para dewa” tetapi diagram bagi kuil Rom menyambung geometri langit dan bumi, ia turut membayangkan tempat kediaman dewa atau para dewa. Tradisi ini semenjak zaman purba. Bagi Mesir Purba, perkataan pr boleh merujuk kepada rumah, juga struktur suci kerana ia dipercayai bahawa dewa duduk dalam rumah. Kuil Hindu atau Mandir (bahasa Sanskrit: मंदिर ), ialah sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya digunakan khusus untuk aktviti-aktiviti keagamaan dan rohaniah.
Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas, digelar dewa pengerusi, dan dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan ke beberapa dewa, dan sesetengahnya puala mempunyai tanda selain murti.
Bagi kebanyakan orang Hindu, kuil merupakan pusat kehidupan beragama. Namun demikian sebahagian pengikut mereka,menganggap ibadat bersama-sama adalah tidak penting, oleh kerana itu mereka jarang pergi ke kuil. Tetapi mereka percaya ,patung-patung yang ada di dalam kuil, mewakili beberapa konsep yang ingin dicapai. Apabila seorang penganut Hindu pergi ke satu patung, maka beliau melakukan beberapa bentuk meditasi, menawar sembahan dan lain-lain, demi untuk mencapai kualiti tertentu… seperti kehancuran ego, sabar dan lain-lain.
Maka ketuhanan dan ritual yang mereka lakukan, adalah untuk mencapai kualiti tertentu bagi kehidupan penganutnya. Dalam erti kata yang lain, pada agama Hindu itu sendiri, ada input, proses dan output. Hal yang sama juga boleh dilihat pada agam Kristian dan Yahudi. Walaupun agama Buddha tidak mempunyai konsep Tuhan Pencipta, namun meditasi dan ritualnya tetap mempunyai sandaran kepercayaan, dan segala bentul ritual itu pula, juga untuk mencapai kualiti tertentu terhadap diri manusia.
Inilah intipati kepada Dharma. Mahatma Gandhi pernah berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang bantahan kepada mesej misionari Kristian tetapi beliau berharap agar mereka lebih komited terhadap Dharma mereka sendiri. Hinduisme berkembang sejak ribuan tahun lalu dan merupakan agama paling tua di dunia yang masih hidup sampai sekarang. Ada jutawan dewa-dewi dalam kepercayaan agama Hindu dan semua itu merupakan refleksi dari Brahman, roh paling tinggi. Dewa paling popular adalah Shiva, dewa perosak alam, dan Vishnu dewa pemelihara alam. Ada ratusan kuil dipersembahkan untuk mereka. Semua orang Hindu memiliki tempat pemujaan dalam rumah masing-masing, tempat melakukan ibadat harian dan bersama perayaan lainnya membentuk imam mereka. Inti imam mereka berada dalam suatu lingkaran hidup yang tidak pernah berakhir dari lahir, hidup, mati, dan lahir kembali dan setiap orang mengalami rekarnasi dalam tingkat yang ditentukan dalam apa yang mereka perbuat dalam hidup sebelumnya.
“ janganlah kau lakukan pada orang lain, hal-hal yang engkau sendiri tidak suka” (Mahambhrata Veda; 39)
Di tempat Ibadah mereka di kuil, mereka akan melakukan devosi, yang disebut bhakti, dengan meyalakan lilin dan berdoa serta, ketika mereka meninggalkam tempat ibadat, masing-masing akan diberi prashad (makanan yang sudah di berkati) yang sebelumnya telah di persembahkan kepada dewa pada hari tersebut. Ibadat berkelompok(puja) juga berlaku di kuil, dan dilakukan salah satu dari tiga bentuk:
Ø Menyanyikan lagu-lagu pujian, atau bhajan, diiringi bel dan rebana, sementara beberapa orang menari. Menari merupakan aspek penting dalam kebaktian Hindu dan mepunyai nilai sombolis mendalam. Pendeta membacakan Bhagavad Gita sebelum mengakhiri ibadah dengan doa damai “Ya Tuhan berilah kami damai, damai, damai”.
Ø Arti adalah ibadat pembukaan. Pendeta menyalakan lima lilin di atas penampan untuk melambangkan lima unsur, iaitu api, tanah, gas, udara, dan air. Penganut Hindu melayangkan tanganya di atas nyala api dan kemudian di atas kepala mereka masing-masing untuk mendapat kekuatan dan berkat Tuhan.
Ø Havan adalah persembahan api. Dengan menggunakan kayu dan minyak lemak kerbau (ghee), pendeta menyalakan api di atas altar api yang dapat di pindah untuk melambangkan mulut dewa yang melahap sajian yang berada di hadapannya. Dan penganut bersama pendeta melakukan upacara pembasuhan diri untuk menyatakan kesucian meraka di hadapan Tuhan.(Michele Keene, Seri Access guides Agama-Agama Dunia)
Kata-kata keramat yang diucapkan di dalam ibadat mereka adalah AUM atau OM , yang merupakan ayat yang pertama dalam ibadah mereka yang muncul dalam Kitab-kitab Upanishad dan tersusun dari tiga unsur bunyi iaitu a’u’dan m’. orang Hindu percaya bahawa kalau diucapkan bunyi yang terdiri dari tiga unsur ini, menyatakan:
Ø Tiga Kitab Veda dari bahagian pertama;
Ø Tiga dunia- bumi, atmosfera, dan langit.
Ø Tiga dewa utama- Brahma, Vishnu dan Shiva.
Bagi masyarakat Hindu, kuil adalah tempat yang paling suci bagi meraka, setiap upacara yang dilakukan adalah untuk mandapat keredhaan dari Tuhan mereka. Dan mereka juga percaya bahawa dewa-dewi yang mereka sembah setiap hari dapat memberi panduan kepada mereka dalam kehidupan ini, agar apabila mereka mati dan hidup kembali akan menjadi orang ynag baik. Dan sesetengah mereka akan pergia ke kuil setiap hari untuk menyembah dewa-dewi mereka kerana setiap dewa-dewi yang mereka sembah mempunyai peranan yang berlainan.
ETNIK KAUM CINA
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT
CINA
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkanya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak. Samfoo dan Hanfoo juga merupakan pakaian tradisional kaum lelaki Cina.
Pakaian Cheongsam atau 'baju panjang' yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
BAK KUT THE
Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secangkir teh China.
LOK-LOK
Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.
JIAOZI
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba.
Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain.
Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.
Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain.
Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.
Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
CHOU ZHI TOU
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
PENG BING
Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.
GUANG BING
Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba .
GAN PAN MIAN
Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana ianya sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja. Bahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.
DING BIAN HU
Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.
Adat Perkahwinan Masyarakat Cina
Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh masyarakat Cina secara turun-menurun. Walaupun berada dalam zaman yang moden kini, banyak adat tradisional dalam perkahwinan tidak diamalkan oleh masyarakat cina lagi, tetapi juga mempunyai adat-adat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan Cina.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu Eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan Implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Proses pertama adalah keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan akan merisik latar belakang pasangan yang disukai oleh anaknya. Hal ini kerana keluarga kaum Cina terlalu ambil berat tentang nama, keturunan, latar belakang, peribadi atau tingkah laku pasangan anaknya.
Ciri-ciri ini adalah penting untuk mewujudkan perkahwinan anak mereka menjadi kekal dan bahagia. Terdapat pelbagai cara merisik seperti menanyakan soalan kepada rakan-rakan yang rapat tentang pasangan anak mereka. Keluarga Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tentang perkahwinan di restoran-restoran dan ini biasanya diadakan oleh keluarga pihak lelaki.
Tradisi ini adalah penting dalam masyarakat Cina kerana keluarga kedua-dua pihak dapat mengeratkan hubungan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan perkahwinan.
Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing, adat meminanag akan dijalankan. Seorang wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin untuk berkunjung ke rumah pihak perempuan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah wang untuk kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala permintaan pihak perempuan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa pihak lelaki. Selepas itu, ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
Hari pertunangan akan dipilih berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran (Ba-Zhi) pasangan tersebut. Lazimnya, perkhidmatan tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.
Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan tersebut untuk menunaikan segala permintaan. Kemudian, upacara bertukar cincin akan dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membukitkan persetujuan, perempuan berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau Nyen-Sang yang tertulis nama, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Selepas penghitungan hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang, Tukang tilik akan membuat ramalan dan menyediakan dua keping Nyik-Kor yang mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat serta memberikan kertas tersebut kepada kedua pasangan.
Selain itu, hadiah besar juga diberikan kepada pihak perempuan pada hari pertunangan. Proses ini dikenali sebagai Guo Da Li dan hadiah besar ini mengandungi angpau, arak, biskut, dan lainlain. Bilangan barang yang ada dalam hadiah besar perlu adalah genap kerana bermaksud hubungan pasangan akan berkekal selama-lamanya. Dalam masyarakat Cina, semakin tinggi wang tunai atau angpau yang diberikan dalam hadiah besar, semakin tinggi kedudukan keluarga lelaki. Sebelum hari perkahwinan, keluarga pihak perempuan perlu menghantarkan hantaran kepada pihak lelaki atau rumah baru pasangan tersebut.
Hadiah besar yang diberi oleh pihak lelaki
Selepas itu, kedua-dua keluarga akan menghantar surat jemputan kepada saudara-mara dan rakan-rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anak mereka.
Surat Jemputan Perkahwinan Cina
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Hal ini kerana kepercayaan dalam masyarakat Cina adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Sebelum hari perkahwinan, keluarga kedua-dua pihak akan menyembah nenek moyang mereka dan ini bermaksud memberitahu keluarga mereka akan menjalankan perkahwinan, Selain itu, keluarga pihak lelaki akan menyediakan satu katil di bilik pengantin dan meletakkan angpau, limau dan gula-gula. Seorang budak lelaki akan diminta untuk melompat di atas katil tersebut. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tindakan ini adalah berdoa pasangan tersebut dapat melahirkan anak mereka dengan tempoh masa yang pendek. Pengantin lelaki dan perempuan juga akan makan Tang-Yuan iaitu bermakna mereka akan bersatu hati sebagai sebuah keluarga pada masa depan.
Sebelum hari perkahwinan, keluarga kedua-dua pihak akan menyembah nenek moyang mereka dan ini bermaksud memberitahu keluarga mereka akan menjalankan perkahwinan, Selain itu, keluarga pihak lelaki akan menyediakan satu katil di bilik pengantin dan meletakkan angpau, limau dan gula-gula. Seorang budak lelaki akan diminta untuk melompat di atas katil tersebut. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tindakan ini adalah berdoa pasangan tersebut dapat melahirkan anak mereka dengan tempoh masa yang pendek. Pengantin lelaki dan perempuan juga akan makan Tang-Yuan iaitu bermakna mereka akan bersatu hati sebagai sebuah keluarga pada masa depan.
Pasangan pengantin yang makan Tang-Yuan semasa perkahwinan
Katil yang disediakan sebelum hari perkahwinan
Pada malam hari sebelum perkahwinan tersebut, pengantin perempuan dan lelaki akan menjalankan upacara sikat rambut. Pengantin perempuan dan lelaki akan memakai pakaian berwarna putih dan ibu bapa mereka akan mengemaskan rambut mereka sambil menyanyikan lagu Shi Shu Ge. Ini merupakan satu adat yang diamalkan oleh masyarakat Cina kerana bermaksud anak-anak mereka telah berdewasa dan berdoa hubungan pasangan penganti akan berkekal.
Pada pagi hari perkahwinan, pengantin dan penganti perempuan akan dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju perkahwinan Cina pada zaman kini telah berubah iaitu tidak semestinya memakai baju perkahwinan tradisional dan juga boleh memakai baju perkahwinan Barat. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Warna baju yang dilarang memakai adalah warna hitam dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Baju perkahwinan masyarakat Cina
Pengantin lelaki dan rakan-rakan akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan semasa kereta pengantin leleki sampai ke rumah pengantin perempuan, seorang adik atau budak lelaki dari keluarga perempuan akan membuka pintu kereta pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi ang-pau kepada dia sebagai ganjaran.
Selain itu, rakan-rakan pengantin perempuan akan meyediakan beberapa ujian atau permainan kepada pengantin lelaki dan rakan-rakannya untuk hiburan. Selepas itu, pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Pasukan kereta pengantin lelaki dan rakan-rakan dalam hari perkahwinan
Rakan-rakan dan pengantin lelaki yang menjalankan permainan untuk hiburan
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan menyembah nenek moyang dan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya perempuan dalam keluarga lelaki di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini, pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara kedua-dua keluarga.
Pasangan pengantin menjalankan upacara meminum teh
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pausebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Majlis perkahwinan Cina di Restoran
Pantang Larang Kaum Cina
Pantang Larang Semasa Kehamilan
· Wanita hamil dilarang membuat kerja-kerja memaku kerana dikhuatitri anak dalam kandungan cacat kerana terkejut
· Wanita hamil dilarang mengeluarkan kata-kata kesat atau memukul binantang kerana risaukan anak yang dikandung akan terkena badi
· Wanita hamil dilarang memikirkan tentang masalah dikhuatiri anak akan terganggu dengan masalah tersebut
· Larangan menggosok perut dengan terlalu kerap kerana bimbang anak akan menjadi terlalu manja apabila besar nanti
· Ibu mertua perlu menjaga wanita hamil bukannya suami
· Larangan memakan buah yang tajam seperti nenas dan mangga kerana ditakuti anak akan menjadi terlalu besar
Pantang Larang Selepas Kelahiran
· Wanita bersalin perlu berpantang selama 40 hari
· Perabot di bilik ibu tidak boleh diubah
· Tidak boleh memuji berat badan bayi
· Bayi hanya disambut sebulan selepas kelahiran
Pantang Larang Semasa Perkahwinan
Perkahwinan antara perkara besar dan penting bagi kaum cina. Ianya adalah peralihan yang akan mempengaruhi seseorang lelaki.
Antara pantang larang yang ada semasa
perkahwinan
Antara pantang larang yang ada semasa
perkahwinan
· Tetamu tidak boleh memakai baju berwarna hitam
atau gelap
atau gelap
· Terdapat upacara minum teh. Pasangan hendaklah memberikan teh kepada ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain
· Pakaian berwarna merah sangat digalakkan
· Tetamu yang kematian ahli keluarga tidak boleh memberi angpow kepada bakal pengantin
· Tarikh perkahwinan mesti dielakkan dari berlangsung pada bulan perayaan hantu/ qing ming (bulan April)
· Pasangan pengantin yang mempunyai nama keluarga yang sama tidak digalakkan
Adat Resam & Pantang Larang Semasa Kematian
· Upacara kematian berlangsung dari 3-7 hari. Ini membolehkan sanak saudara untuk berkumpul
· Sumbangan wang dalam sampul putih diberikan pada keluarga si mati
· Tidak digalakkan memakai pakaian yang bewarna warni. Sebaiknya warna gelap seperti hitam dan kelabu
· Apabila masuk ke rumah si mati, tetamu mestilah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberi pada keluarga si mati yang kurang berada
· Mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh tetamu
· Tetamu akan diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih
· Si mati akan dipakaikan dengan pelbagai aksesori terutamanya wanita
· Keranda yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan cantik
· Tetamu dan ahli keluarga perlu menguatkan tangisan sebaik sahaja si mati diusung ke tanah perkuburan
Adat Resam & Pantang Larang Semasa
Perayaan
Perayaan
· Rumah perlu dibersihkan beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
· Dilarang menyapu lantai pada hari pertama tahun baru cina
· Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar kerana ia merosakkan keharmonian sepanjang tahun
· Dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas. Ini membuatkan rezeki tidak stabil
· Pada hari ketiga tahun baru cina, orang cina tidak melawat rumah saudara dan kawan kerana dikhuatiri akan berlakunya pergaduhan
· Ang pow hanya boleh diberi kepada mereka yang belum berkahwin dan tidak boleh diberi selepas perayaan Chap Goh Mei (hari ke-15)
· Tarian singa dipersembahkan bagi menghalau kuasa jahat seperti syaitan dan iblis
· Mercun juga dipasang bagi menghalau kuasa jahat
· Duit dalam angpow mestilah berjumlah genap seperti 2,4,6
Adat Resam & Pantang Larang Semasa Makan
· Orang tua dilarang makan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi
· Mereka yang ada luka dibadan tidak dibenarkan makan udang dan ketam
· Nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka makan kerana dikhuatiri membawa bencana dan kemalangan
· Tidak boleh bercakap dan membuat bising seperti mengetuk pinggan semasa makan
Inilah antara adat resam dan pantang larang yang ada dalam masyarakat cina di Malaysia. Walau bagaimana pun, kaum cina juga sangat fleksibel dan mudah untuk didekati dan beramah mesra.
Jadi, penting kita selaku rakyat Malaysia untuk memahami kaum cina supaya kita dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kaum di Malaysia ini.
PERAYAAN KAUM CINA
TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yangmenandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu,harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan
sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina
HARI CHAP GOH MEI
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagaimenandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran,di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga apidibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akanberpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untukmendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapatpasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaanChap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang benderabesar "Chingay".
PERAYAAN KUIH BULAN
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskanpenjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cinaiaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut denganperarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. KuihBulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai,atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkanmelalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan DinastiMongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada DewaDapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepadaMaharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Tempat kepercayaan kaum cina
Tokong
Tokong cina merupakan tempat menjalankan aktiviti keagamaan yang utama bagi penganut Buddha dan mereka menganggap patung-patung yang wujud di dalamnya sebagai pelambangan tuhan kuam cina mempunyai banyak tokong kerana mereka percaya bahawa setiap tuhan mempunyai kuasa dan rahmat yang berbeza setiap satunya.
Tokong
Tokong cina merupakan tempat menjalankan aktiviti keagamaan yang utama bagi penganut Buddha dan mereka menganggap patung-patung yang wujud di dalamnya sebagai pelambangan tuhan kuam cina mempunyai banyak tokong kerana mereka percaya bahawa setiap tuhan mempunyai kuasa dan rahmat yang berbeza setiap satunya.
Tokong juga dikenali dengan nama stupa, wat dan pagoda mengiku tempat dan bahasa yang digunakan. Tokong dalam Buddha adalah mewakili tanah dan persekitaran yang tulen dalam kepercayaan mereka. menurut krepercayaan Buddha traditional, sesebuah tokong dibina untuk mengilhamkan keamanan dalaman dan luaran.
Tokong Cina banyak dilengkapi dengan komponen berukir termasuk komponen kerangka, elemen dan hiasan. Hasil-hasil seni ukiran ini yang wujud dari melihat elemen alam sekitar adalah ciptaan jiwa yang dijelmai melalui impian yang mencerminkan keadaan harmoni di antara manusia dan alam semulajadi. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan penting dalam memapar dan menyerikan keseluruhan bangunan serta membawa maksud simbolik yang tertentu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Tokong Cina banyak dilengkapi dengan komponen berukir termasuk komponen kerangka, elemen dan hiasan. Hasil-hasil seni ukiran ini yang wujud dari melihat elemen alam sekitar adalah ciptaan jiwa yang dijelmai melalui impian yang mencerminkan keadaan harmoni di antara manusia dan alam semulajadi. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan penting dalam memapar dan menyerikan keseluruhan bangunan serta membawa maksud simbolik yang tertentu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Komponen kerangka yang utama dalam senibina Cina ialah penggunaan sistem tou-kungnya. Sistem kerangka tou-kung bukan sahaja mempunyai nilai estetik yang tersendiri, tetapi di negara Cina, ia merupakan kerangka yang tahan gempa bumi. Tou-kung juga merupakan elemen yang ganjil dan kerangka yang komplek. Fungsinya ialah mengalihkan beban dan kerangka yang melintang di atas kerangka yang menegak di bawah. Dinding biasanya tidak berfungsi untuk menanggung beban dari struktur bumbung. Berfungsi sebagai komponen elemen, dinding dan tingkap biasanya mempunyai ukiran lebih halus berbanding dengan komponen kerangka.
Komponen perhiasan pada senibina Cina pula terbahagi kepada buah buton, lelanggit dan pendakap hiasan. Komponen-komponen ini dikemaskan dengan ta chi, sejenis cecair organik, untuk tujuan perlindungan dan perhiasan. Bahagian yang penting juga dikemas dengan dedaun emas untuk mendapatkan sifat dan kesan yang bersinar dan berseri-seri.
Komponen perhiasan pada senibina Cina pula terbahagi kepada buah buton, lelanggit dan pendakap hiasan. Komponen-komponen ini dikemaskan dengan ta chi, sejenis cecair organik, untuk tujuan perlindungan dan perhiasan. Bahagian yang penting juga dikemas dengan dedaun emas untuk mendapatkan sifat dan kesan yang bersinar dan berseri-seri.
Situasi ini menunjukkan bahawa seni ukiran pada komponen bangunan adalah satu kesenian yang perlu dihayati oleh generasi sekarang kerana ianya dapat menunjukkan daya gambaran yang peka dan kreatif serta menunjukkan bakat pengukir Cina yang menghidupkan ukiran dari segi konsep, reka bentuk dan pertukangan. Ia merupakan satu bidang yang harus diwarisi oleh setiap generasi.
Tambahan lagi, pembentukan imej ukiran pada kayu seperti naga, jentayu dan singa merupakan simbol yang berasal dari aspek kepercayaan, adat dan sejarah rakyat yang diwarisi turun-temurun. Warisan sejarah dan sastera Cina yang kaya telah membekalkan cerita dan simbol yang menarik untuk diterapkan dalam bentuk ukiran.
ETNIK MINORITI
Etnik minoriti ialah orang asli yang pertama yang menetap di semenanjung tanah melayu pada kira-kira 100TM.
ETNIK SERANI
Masyarakat Portugis dan Belanda yang berkahwin dengan orang melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Etnik ini wujud di Melaka dan Pulau Pinang serta merujuk semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.Mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal usul yang menarik.
ETNIK SARAWAK
Komposisi etnik sarawak terbahagi kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama penduduk persisiran yang terdiri daripada orang Melayu dan Malanau.Kaum pribumi sarawak juga mendiami kawasan perisisiran tersebut.Kumpulan keduaialah penduduk pedalaman terdiri daripada kaum iban,bidayuh,murut,penankenyan dan kelabit.Mereka menjalankan aktiviti pertanian terutamanya padi huma,dan pertanian pindah.
ETNIK SABAH
Penempatan etnik sabah bermula di tepi-tepi pantai dan lembah-lembah sungai utama.Masyarakat sabah terdiri daripada 23 etnik.Antara etnik sabah ialah kadazan,bajau,dusun,murut,lotud dayuh dan sebagainya.Kegiatan ekonomi bergantung kepada bentuk muka bumi dan kawasan penempatan yang mereka didiami.Penduduk persisiran pantai terdiri daripada suku bajau,suluk dan brunei.Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan serta memungut hasil laut dan hasil hutan.Bagi etnik murut,kegitan ekonomi mereka ialah menanam padi bukit(padi huma),memburu binatang dan hasil hutan
MINORITI
Masyarakat Orang Asli yang lazimnya tinggal di kawasan hutan di Malaysia, memakai pakaian yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok terap dan skirt rumput. Perhiasan yang dipakai oleh mereka termasuklah lilit kepala yang diperbuat daripada daun yang dianyam dengan pelbagai corak.
PERKAHWINAN MASYARAKAT
MINORITI
MINORITI
Adat istiadat perkahwinan kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Kedua-dua pengantin terpaksa mendengar nasihat – nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat – nasihat ini kadangkala mangambil masa berjam – jam lamanya.
Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis – majlis perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampung – kampung jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis.
PANTANG LARANG
PANTANG LARANG SEMASA KELAHIRAN
* Anak yang telah dimandikan akan dijampi dan ditinggalkan supaya tidak disampuk atau terkena sawan dan diganggu oleh hantu.
*Bagi bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan dan kecantikan.
PANTANG LARANG SEMASA KEMATIAN
* Si mati disimpan sehari di rumah.Atas mayat diletakkan
seketul bayu/benda yang berat bagi mengelakkan perutnya
kembung.
*Tidak boleh berrsukaria (menyanyi, bersiul, bersorak-sorak, menjerit dan sebagainya).selain itu,tidak boleh berpakaian cantik.Semua jenis kerja akan ditangguhkan.
PANTANG LARANG DALAM PEMAKANAN
*Kebanyakan binatang-binatang hidup di darat tidak boleh dimasak
atau dimakan dengan binatang di air, seperti ikan dengan
daging kerbau. Jika melakukan perkara tersebut ia akan
mendatangkan penyakit demam kuning, keguguran rambut, batuk
darah, sakit paru-paru, kayap dan kudis.
*Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa oleh binatang, semut tidak
boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air. Sebaliknya hendaklah
dikumpul dan dibakar. Jika tidak,akan mendapat penyakit seperti
perut kembung.
PANTANG LARANG SEMASA BERJALAN DI DALAM
HUTAN
HUTAN
*Dilarang menyebut binatang-binatang buas semasa di dalam perjalanan seperti harimau, gajah, buaya dan lain-lain lagi. Tetapi boleh disebut dengan nama samaran yang boleh disesuaikan dengan rupa bentuk binatang tersebut umpamanya harimau digelar pak belang.
PERAYAAN MASYARAKAT MINORITI
PESTA KAUL MELANAU
Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran danperayaan yang diraikan oleh orang Melanau di Sarawak.Bertujuan mengenai pelbagai jenis semangat seperti semangat laut,tanah,hutan dan kebun.Pesta ini disambut pada akhir Mac atau awal bulan April setiap tahun.
*Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik,tetaoi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah.Disambut sepanjang bulan Mei bermula awal bulan.Kemuncak pesta adalah perpaduan ratu cantik,tarian tradisi,dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau 'Ketua bomoh'.
REGATTA LEPA SEMPORNA
*Masyarakat Bajau dipersisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan ini.'Lepa' dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot. Diadakan pertandinga lepa tercantik yang dihakimi berdasarkan corak ,tarian yang dipersembahkan yang di atasnya 'Sambulayang' (layar) dan tapis-tapis(bendera).Acara lain seperti sukan air iaitu pertanduingan mendayung,bermain perang-perang,lumba berenang,atau pertandingsn menangkap itik.
TEMPAT KEPERCAYAAN
Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang ASLI didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa – dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini.